Unit HRMIS JMG Ibu Pejabat akan mengadakan Bengkel Latihan HRMIS Sub-Modul Penamatan Perkhidmatan seperti berikut:
Tarikh: 21-23 Februari 2011
Tempat: Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas,
Lot 5789 & 5790, Jalan Dato' Ismail Hashim,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
JMG Terengganu akan diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM), En. Zahidi bin Hamzah; Penolong Pegawai Tadbir (PPT), En. Muhammad Hanapi bin Malek dan Pembantu Tadbir (PT P/O), En. Muhammad Anizan bin Nasir@Ghani.
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Sunday, February 20, 2011
Mesyuarat Kerja HRMIS Submodul Penamatan Perkhidmatan
Tajuk
Kursus
Tuesday, February 8, 2011
Taklimat Latihan Submodul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
JMG Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit HRMIS Bahagian Pengurusan Manusia NRE akan mengadakan taklimat dan latihan submodul LNPT pegawai awam secara atas talian pada 9 Februari 2011 (Rabu) bertempat di Bilik Nilam, Ibu Pejabat JMG, Lantai 22, Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.
JMG Terengganu akan diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM), En. Zahidi bin Hamzah dan Penolong Pegawai Tadbir (PPT), En. Muhammad Hanapi bin Malek untuk menghadiri taklimat berkenaan.
JMG Terengganu akan diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM), En. Zahidi bin Hamzah dan Penolong Pegawai Tadbir (PPT), En. Muhammad Hanapi bin Malek untuk menghadiri taklimat berkenaan.
Tajuk
Kursus
Monday, January 17, 2011
Kursus Pemantapan Kepimpinan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Terengganu, Pegawai-Pegawai Persekutuan serta Government Linked Company (GLC)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan Kursus Pemantapan Kepimpinan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Terengganu, Pegawai-Pegawai Persekutuan serta Government Linked Company (GLC) pada 18 Januari 2011.
Kursus tersebut akan diadakan bertempat di Dewan Besar, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Pejabat JMG Terengganu akan diwakili oleh:
1. En. Hamlee bin Ismail, Timbalan Pengarah (Geosains)
2. En. Suhaimizi bin Yusoff, Pegawai Kajibumi (SGR)
3. En. Muhammad Anizan bin Nasir @Ghani, Pembantu Tadbir (P/O)
Tajuk
Kursus
Tuesday, November 30, 2010
Persidangan Perkhidmatan Awam Ke-15
Sukacita dimaklumkan bahawa En. Kamal B. Daril (Timbalan Pengarah Sumber Mineral, JMG Terengganu) akan mewakili Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk menghadiri persidangan tersebut bersama-sama dengan Tn. Hj. Shahar Effendi B. Abdullah Azizi (Pengarah, JMG Johor)
Persidangan tersebut akan diadakan di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur bermula pada 30 November sehingga 2 Disember 2010.
Tajuk
Kursus
Monday, November 29, 2010
Kursus Penilaian Keselamatan Lombong dan Kuari
Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh, Perak akan menganjurkan Kursus Penilaian Keselamatan Lombong dan Kuari pada 29 November sehingga 3 Disember bertempat di Rumah Rehat Gerik, Gerik, Perak.
Objektif penganjuran kursus tersebut adalah:
1. Menambah pengetahuan kepada peserta mengenai konsep keselamatan dan kaedah penilaian keselamatan lombong dan kuari.
2. Memberi kefahaman dan latihan kepada peserta mengenai penggunaan borang pemeriksaan lombong dan kuari.
Tajuk
Kursus
Monday, November 15, 2010
Cerita dari Besut 3
| Menikmati hidangan makan malam |
| Sesi perbincangan |
| Kelas malam |
| Tekun mentelaah pelajaran |
| Sesi perbincangan kumpulan |
Tajuk
Kursus
Cerita dari Besut 2
Pada 19-22 Oktober 2010, satu kerja lapangan Bengkel Pemetaan Geologi dan Pensampelan Untuk Pembantu Kajibumi telah diadakan bertempat di Bukit Keluang, Bukit Puteri, Bukit Yong dan perkhemahan di Hutan Simpan Kerian, Pelagat, Besut, Terengganu Darul Iman.
| Khemah para peserta Bengkel |
| Khemah Urusetia merangkap dapur |
| Tempat peraduan para peserta Bengkel |
| Pemandangan di dapur |
| Tempat peraduan para urus setia Bengkel |
| Meja bufet di bawah khemah |
| Solat berjemaah tidak ditinggalkan |
| Tempat bersiram untuk para peserta Bengkel |
| Tempat melepaskan qada hajat |
| Pemandangan khemah dari sudut lain |
| Tukang masak sedang sibuk di dapur |
| Para peserta Bengkel sedang beratur untuk mengambil sarapan |
| Lauk pauk yang menyelerakan |
Tajuk
Kursus
Cerita dari Besut 1
Pada 19-22 Oktober 2010, satu kerja lapangan Bengkel Pemetaan Geologi dan Pensampelan Untuk Pembantu Kajibumi telah diadakan bertempat di Bukit Keluang, Bukit Puteri, Bukit Yong dan perkhemahan di Hutan Simpan Kerian, Pelagat, Besut, Terengganu Darul Iman.
| Gambar beramai-ramai di Pantai Bukit Keluang |
| Amali pencerapan geologi di Bukit Keluang |
| Cerapan singkapan di Bukit Keluang |
| Cerapan singkapan di Bukit Puteri |
| Lawatan ke kuari Bukit Yong |
| Cerapan singkapan granit di kuari Bukit Yong |
Tajuk
Kursus
Tuesday, October 26, 2010
Bengkel Pengenalan Hidrogeologi Untuk Kumpulan Sokongan 2010
Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Perak akan menganjurkan bengkel tersebut.
Ia akan diadakan pada 26-28 Oktober 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak.
Bengkel tersebut dianjurkan bertujuan:
Memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam siasatan hidrogeologi.
Memberi panduan dan teknik-teknik dalam perlaksanaan siasatan hidrogeologi terutama dalam perlaksanaan kerja penggerudian dan pembinaan telaga, ujian pengepaman dan pensampelan geologi dan air tanah.
Mendedahkan penggunaan peralatan-peralatan dalam siasatan hidrogeologi.
Memberi penerangan kepada kaedah dan standard yang perlu dipatuhi dalam perlaksanaan kerja termasuk dalam aspek penyeliaan kerja-kerja berkaitan.
Meningkat pengetahuan dan bilangan kakitangan sokongan yang mahir dan terlatih dalam perlaksanaan kerja-kerja hidrogeologi.
JMG Terengganu akan diwakili oleh:
Pembantu Kajibumi, En. Khairul Anuar bin Zakaria
Pembantu Kajibumi, En. Mohd. Sayuthi bin Rashid
Pembantu Kajibumi, Puan Salehaton bin Sulaiman
![]() |
| Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak (ihsan malaysiahotels.net.my) |
Tajuk
Kursus
Sunday, October 17, 2010
Bengkel Pemetaan Geologi Dan Persampelan Untuk Pembantu Kajibumi Gred C17 Dan C22
Bengkel tersebut diadakan bertujuan bagi:
- Memperkukuhkan pengetahuan geologi am Malaysia, stratigrafi, paleontologi, struktur geologi dan ragam pemineralan;
- Memberi kefahaman berkaitan teori dan teknik pemetaan geologi dan persampelan lapangan; dan
- Memberi latihan penyediaan catatan dan rekod lapangan mengikut format Jabatan.
Seramai 35 orang Pembantu Kajibumi dari semua cawangan JMG akan mengikuti bengkel tersebut.
JMG Terengganu menghantar kontingen terbesar memerangkap urusetia kursus iaitu seramai 7 orang Pembantu Kajibumi dan seorang Juruteknik Pemetaan.
Tenaga pengajar adalah terdiri daripada:
Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Mohamad Pauzi bin Abdullah;
TPGS JMG Terengganu, En. Hamlee bin Ismail;
Pegawai Kajibumi Kanan Ibu Pejabat JMG, En. Mat Niza bin Abdul Rahman;
Pegawai Kajibumi (SGR) JMG Terengganu, En. Suhaimizi bin Yusoff dan juga
Pembantu Kajibumi Kanan JMG Terengganu, En. Mohamad bin Neh.
![]() |
| Bukit Keluang Beach Resort (ihsan http://imaginoma.fotopages.com) |
Tajuk
Kursus
Saturday, October 16, 2010
Mesyuarat Kerja HRMIS Submodul Penamatan Perkhidmatan
Sebagai persiapan persaraan seorang kakitangan JMG Terengganu pada awal Januari 2011, satu Mesyuarat Kerja HRMIS bagi submodul Penamatan Persaraan telah diadakan khusus bagi kakitangan JMG Terengganu.
Ia telah diadakan pada 14-15 Oktober 2010 bertempat di Wisma Sumber Asli, Precint 4, Putrajaya.
JMG Terengganu telah diwakili oleh:
Pegawai Kajibumi (SGR), En. Suhaimizi bin Yusoff
Penolong Pegawai Tadbir, En. Muhammad Hanapi bin Malek
Ketua Pembantu Tadbir, En. Mohammad bin Haji Ali
Pembantu Tadbir, En. Muhammad Anizan bin Nasir @Ghani
Mesyuarat Kerja ini diadakan bagi mendedahkan kakitangan yang akan terlibat dalam dokumentasi persaraan tentang peranan dan aliran kerja yang akan digunakan dalam aplikasi submodul Penamatan Perkhidmatan.
Diharap dengan latihan ini semua tugas akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan berjalan dengan lancar.
Ia telah diadakan pada 14-15 Oktober 2010 bertempat di Wisma Sumber Asli, Precint 4, Putrajaya.
JMG Terengganu telah diwakili oleh:
Pegawai Kajibumi (SGR), En. Suhaimizi bin Yusoff
Penolong Pegawai Tadbir, En. Muhammad Hanapi bin Malek
Ketua Pembantu Tadbir, En. Mohammad bin Haji Ali
Pembantu Tadbir, En. Muhammad Anizan bin Nasir @Ghani
Mesyuarat Kerja ini diadakan bagi mendedahkan kakitangan yang akan terlibat dalam dokumentasi persaraan tentang peranan dan aliran kerja yang akan digunakan dalam aplikasi submodul Penamatan Perkhidmatan.
Diharap dengan latihan ini semua tugas akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan berjalan dengan lancar.
| Wisma Sumber Asli, Precint 4, Putrajaya (ihsan maeluptempo.blogspot.com) |
Tajuk
Kursus
Subscribe to:
Posts (Atom)

