Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Penampilan Audit

Satu pasukan audit daripada Unit Audit Dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menjalankan Penampilan Audit terhadap pengurusan kewangan di JMG Terengganu pada 1 Disember 2010.
Mereka terdiri daripada:
1. Puan Rozana binti Hashim (Ketua)
2. Puan Zuliah binti Sapuan@Kusenan
3. Puan Nurshazarina binti Abd. Karim
4. Cik Masitah binti Ahmad

Tuesday, November 2, 2010

Demam Denggi

Dukacita dimaklumkan bahawa Ketua Unit Pengurusan Maklumat di JMG Terengganu, En. Zahidi bin Hamzah telah dimasukkan ke Wad 4 di Hospital Besut, Jertih, Terengganu kerana disyaki mengidap demam denggi.
Kami di JMG Terengganu mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat kembali bertugas dengan segera.

Monday, October 25, 2010

Majlis Pelancaran Sambutan MASM

Majlis pelancaran sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2010 telah dilakukan bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu pada 24 Oktober 2010.

Pelancaran telah dilakukan oleh YB En. Toh Chin Yaw selaku Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh En. Rusli bin Che Husin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Antara lain beliau menyebut tentang sejarah permulaan Sambutan Minggu Alam Sekitar hasil daripada Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar pada 21 Oktober 1989 sempena Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18-24 Oktober 1989.

Sempena Deklarasi Langkawi itu maka Kerajaan Malaysia menetapkan bahawa sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia jatuh pada 21 Oktober setiap tahun dan akan disambut selama seminggu mulai 21-27 Oktober dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian kepada wakil-wakil agensi yang menyertai pameran. JMG Terengganu telah diwakili oleh KUPM, En. Zahidi bin Hamzah.

Pengarah JAS kemudiannya menyertai lawatan ke gerai-gerai pameran agensi kerajaan yang menyertai Pameran Minggu Alam Sekitar Peringkat Negeri Terengganu 2010.

Pengarah JAS, En. Rusli bin Che Husin sedang membacakan ucapan perasmian oleh YB En. Toh Chin Yaw
Penyampaian cenderamata kepada wakil JMG Terengganu
Lawatan oleh Pengarah JAS ke gerai pameran JMG Terengganu
Pengarah JAS tertarik kepada barangan kristal yang dihasilkan daripada sumber pasir silika Terengganu

Wednesday, October 20, 2010

Demam Denggi

Dukacita dimaklumkan bahawa Pembantu Kajibumi di JMG Terengganu, En. Khairul Anuar bin Zakaria telah dimasukkan ke wad di Hospital Besut, Jertih, Terengganu kerana disyaki mengidap demam denggi.
Kami di JMG Terengganu mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat kembali bertugas dengan segera.

Hospital Besut, Jertih, Terengganu (ihsan Google)