Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Kerja HRMIS Submodul Penamatan Perkhidmatan

Unit HRMIS JMG Ibu Pejabat akan mengadakan Bengkel Latihan HRMIS Sub-Modul Penamatan Perkhidmatan seperti berikut:

Tarikh: 21-23 Februari 2011

Tempat: Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas,
             Lot 5789 & 5790, Jalan Dato' Ismail Hashim,
             11900 Bayan Lepas,
             Pulau Pinang.

JMG Terengganu akan diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM), En. Zahidi bin Hamzah; Penolong Pegawai Tadbir (PPT), En. Muhammad Hanapi bin Malek dan Pembantu Tadbir (PT P/O), En. Muhammad Anizan bin Nasir@Ghani.

Tuesday, February 8, 2011

Taklimat Latihan Submodul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

JMG Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit HRMIS Bahagian Pengurusan Manusia NRE akan mengadakan taklimat dan latihan submodul LNPT pegawai awam secara atas talian pada 9 Februari 2011 (Rabu) bertempat di Bilik Nilam, Ibu Pejabat JMG, Lantai 22, Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur.

JMG Terengganu akan diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM), En. Zahidi bin Hamzah dan Penolong Pegawai Tadbir (PPT), En. Muhammad Hanapi bin Malek untuk menghadiri taklimat berkenaan.

Monday, January 17, 2011

Kursus Pemantapan Kepimpinan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Terengganu, Pegawai-Pegawai Persekutuan serta Government Linked Company (GLC)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan Kursus Pemantapan Kepimpinan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Terengganu, Pegawai-Pegawai Persekutuan serta Government Linked Company (GLC) pada 18 Januari 2011.

Kursus tersebut akan diadakan bertempat di Dewan Besar, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Pejabat JMG Terengganu akan diwakili oleh:

1. En. Hamlee bin Ismail, Timbalan Pengarah (Geosains)
2. En. Suhaimizi bin Yusoff, Pegawai Kajibumi (SGR)
3. En. Muhammad Anizan bin Nasir @Ghani, Pembantu Tadbir (P/O)