Tuesday, November 30, 2010

Persidangan Perkhidmatan Awam Ke-15


Sukacita dimaklumkan bahawa En. Kamal B. Daril (Timbalan Pengarah Sumber Mineral, JMG Terengganu) akan mewakili Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia untuk menghadiri persidangan tersebut bersama-sama dengan Tn. Hj. Shahar Effendi B. Abdullah Azizi (Pengarah, JMG Johor)

Persidangan tersebut akan diadakan di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur bermula pada 30 November sehingga 2 Disember 2010.

Monday, November 29, 2010

Kursus Penilaian Keselamatan Lombong dan Kuari


Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains  Malaysia, Ipoh, Perak akan menganjurkan Kursus Penilaian Keselamatan Lombong dan Kuari pada 29 November sehingga 3 Disember bertempat di Rumah Rehat Gerik, Gerik, Perak.

Objektif penganjuran kursus tersebut adalah:

1.    Menambah pengetahuan kepada peserta mengenai konsep keselamatan dan kaedah penilaian keselamatan lombong dan kuari.

2.    Memberi kefahaman dan latihan kepada peserta mengenai penggunaan borang pemeriksaan lombong dan kuari.

JMG Terengganu akan diwakili oleh Pembantu Galian Kanan, En. Zamri bin Ismail.

Monday, November 15, 2010

Cerita dari Besut 3

Menikmati hidangan makan malam

Sesi perbincangan


Kelas malam

Tekun mentelaah pelajaran
  
Sesi perbincangan kumpulan


Cerita dari Besut 2

Pada 19-22 Oktober 2010, satu kerja lapangan Bengkel Pemetaan Geologi dan Pensampelan Untuk Pembantu Kajibumi telah diadakan bertempat di Bukit Keluang, Bukit Puteri, Bukit Yong dan perkhemahan di Hutan Simpan Kerian, Pelagat, Besut, Terengganu Darul Iman.
Khemah para peserta Bengkel

Khemah Urusetia merangkap dapur

Tempat peraduan para peserta Bengkel

Pemandangan di dapur

Tempat peraduan para urus setia Bengkel

Meja bufet di bawah khemah

Solat berjemaah tidak ditinggalkan

Tempat bersiram untuk para peserta Bengkel

Tempat melepaskan qada hajat


Pemandangan khemah dari sudut lain

 
Tukang masak sedang sibuk di dapur

Para peserta Bengkel sedang beratur untuk mengambil sarapan

Lauk pauk yang menyelerakan

Cerita dari Besut 1

Pada 19-22 Oktober 2010, satu kerja lapangan Bengkel Pemetaan Geologi dan Pensampelan Untuk Pembantu Kajibumi telah diadakan bertempat di Bukit Keluang, Bukit Puteri, Bukit Yong dan perkhemahan di Hutan Simpan Kerian, Pelagat, Besut, Terengganu Darul Iman.

Gambar beramai-ramai di Pantai Bukit Keluang

Amali pencerapan geologi di Bukit Keluang

Cerapan singkapan di Bukit Keluang
Cerapan singkapan di Bukit Puteri

Lawatan ke kuari Bukit Yong

Cerapan singkapan granit di kuari Bukit Yong

Tuesday, November 2, 2010

Demam Denggi

Dukacita dimaklumkan bahawa Ketua Unit Pengurusan Maklumat di JMG Terengganu, En. Zahidi bin Hamzah telah dimasukkan ke Wad 4 di Hospital Besut, Jertih, Terengganu kerana disyaki mengidap demam denggi.
Kami di JMG Terengganu mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat kembali bertugas dengan segera.