FUNGSI-FUNGSI UTAMA

Fungsi-fungsi utama JMG Terengganu adalah seperti berikut:

  1. Mengendali eksplorasi mineral secara bersistem

  1. Mengendali penyiasatan pelbagai bidang geosains secara bersistem

  1. Bertindak sebagai bank data bagi semua maklumat berkaitan dengan geosains dan sumber mineral negara

  1. Mengumpul, menganalisis dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan eksplorasi mineral, perlombongan dan aktiviti yang berkaitan.

  1. Menyedia perkhidmatan nasihat teknikal dan kepakaran dalam bidang mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian

  1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha pembangunan sektor mineral

  1. Menentukan supaya aktiviti perlombongan mineral serta aktiviti lain yang berkaitan dengannya dijalankan dengan cara yang selamat, cekap dan bersistem.

Melaksana dasar dan arahan Kerajaan berhubung dengan industri mineral dan geosains, di samping mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan