Monday, November 29, 2010

Kursus Penilaian Keselamatan Lombong dan Kuari


Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains  Malaysia, Ipoh, Perak akan menganjurkan Kursus Penilaian Keselamatan Lombong dan Kuari pada 29 November sehingga 3 Disember bertempat di Rumah Rehat Gerik, Gerik, Perak.

Objektif penganjuran kursus tersebut adalah:

1.    Menambah pengetahuan kepada peserta mengenai konsep keselamatan dan kaedah penilaian keselamatan lombong dan kuari.

2.    Memberi kefahaman dan latihan kepada peserta mengenai penggunaan borang pemeriksaan lombong dan kuari.

JMG Terengganu akan diwakili oleh Pembantu Galian Kanan, En. Zamri bin Ismail.

0 comments:

Post a Comment