OBJEKTIF

Memastikan pembekalan data geosains, inventori sumber mineral, operasi industri perlombongan, pengkuarian dan mineral teratur dan selamat. Jabatan juga berperanan dalam memberi khidmat nasihat teknikal yang lengkap dan berkesan untuk perancangan dan pembangunan negeri, pemeliharaan alam sekitar dan juga untuk faedah pihak industri mineral.

Secara amnya Jabatan mempunyai 5 objektif utama iaitu:

1. Menyediakan maklumat komoditi mineral bagi meningkatkan pertumbuhan industri berasaskan mineral

2. Menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains bagi pembangunan negara yang mapan.

3. Memastikan pengusaha-hasilan sumber mineral berkembang secara teratu, selamat, cekap dan mesra alam serta mendatang pulangan yang optimum kepada negara.

4. Menggalak dan mempelbagai penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

5. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral dan geosains di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor mineral dan perancangan pembangunan negara.