Tuesday, October 26, 2010

Bengkel Pengenalan Hidrogeologi Untuk Kumpulan Sokongan 2010



Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Perak akan menganjurkan bengkel tersebut. 

Ia akan diadakan pada 26-28 Oktober 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak.

Bengkel tersebut dianjurkan bertujuan:

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam siasatan hidrogeologi.

Memberi panduan dan teknik-teknik dalam perlaksanaan siasatan hidrogeologi terutama dalam perlaksanaan kerja penggerudian dan pembinaan telaga, ujian pengepaman dan pensampelan geologi dan air tanah.

Mendedahkan penggunaan peralatan-peralatan dalam siasatan hidrogeologi.

Memberi penerangan kepada kaedah dan standard yang perlu dipatuhi dalam perlaksanaan kerja termasuk dalam aspek penyeliaan kerja-kerja berkaitan.

Meningkat pengetahuan dan bilangan kakitangan sokongan yang mahir dan terlatih dalam perlaksanaan kerja-kerja hidrogeologi.

JMG Terengganu akan diwakili oleh:
Pembantu Kajibumi, En. Khairul Anuar bin Zakaria
Pembantu Kajibumi, En. Mohd. Sayuthi bin Rashid
Pembantu Kajibumi, Puan Salehaton bin Sulaiman 

Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak (ihsan malaysiahotels.net.my)



Monday, October 25, 2010

Majlis Pelancaran Sambutan MASM

Majlis pelancaran sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2010 telah dilakukan bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu pada 24 Oktober 2010.

Pelancaran telah dilakukan oleh YB En. Toh Chin Yaw selaku Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh En. Rusli bin Che Husin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Antara lain beliau menyebut tentang sejarah permulaan Sambutan Minggu Alam Sekitar hasil daripada Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar pada 21 Oktober 1989 sempena Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18-24 Oktober 1989.

Sempena Deklarasi Langkawi itu maka Kerajaan Malaysia menetapkan bahawa sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia jatuh pada 21 Oktober setiap tahun dan akan disambut selama seminggu mulai 21-27 Oktober dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian kepada wakil-wakil agensi yang menyertai pameran. JMG Terengganu telah diwakili oleh KUPM, En. Zahidi bin Hamzah.

Pengarah JAS kemudiannya menyertai lawatan ke gerai-gerai pameran agensi kerajaan yang menyertai Pameran Minggu Alam Sekitar Peringkat Negeri Terengganu 2010.

Pengarah JAS, En. Rusli bin Che Husin sedang membacakan ucapan perasmian oleh YB En. Toh Chin Yaw
Penyampaian cenderamata kepada wakil JMG Terengganu
Lawatan oleh Pengarah JAS ke gerai pameran JMG Terengganu
Pengarah JAS tertarik kepada barangan kristal yang dihasilkan daripada sumber pasir silika Terengganu

Saturday, October 23, 2010

Booth Pameran JMG Terengganu - Hari Pertama

AJK Pameran sedang memasang TV LCD


Pengunjung cilik sedang asyik menonton tayangan video berkenaan aktiviti JMG Terengganu

Antara para pengunjung ke booth pameran JMG Terengganu

Pengunjung sedang mencari jawapan kepada soalan kuiz pameran JMG Terengganu


Pengunjung diberi penerangan tentang kegunaan alat pengukur gegaran Blastmate III
 
Alat Pengukuran Gegaran (Blastmate III, kiri) dan alat pengukur habuk

Sebahagian daripada pengunjung di booth JMG Terengganu

Pengunjung menyerahkan kertas jawapan soalan kuiz dan mengambil hadiah
Sampel-sampel produk keluaran kuari-kuari di Terengganu

Sampel-sampel bijih besi, fosil kayu, hablur barite, barite, arsenopirit dan emas dan fosil bivalve (atas kiri, pusingan jam)






En. Mohd. Ridhuan merupakan seorang pemenang dalam cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu

Para petugas JMG sedang tekun menjawab soalan kuiz Alam Sekitar

Penyampaian hadiah kuiz Alam Sekitar oleh wakil Jabatan Alam Sekitar kepada pemenang

Thursday, October 21, 2010

Persiapan Pameran Minggu Alam Sekitar Malaysia

Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan program pameran sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Terengganu dibenarkan masuk ke lokasi pameran bermula Rabu (20/10/2010).

JMG Terengganu berpeluang untuk ke lokasi pameran di Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu untuk membuat persiapan yang diperlukan pada hari Khamis (21/10/2010).
Peralatan pameran disusun di dalam kotak



TV LCD dan lain-lain peralatan untuk pameran


Display board dimuatkan ke dalam kenderaan JMG Terengganu

Peralatan pameran di susun di lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu

Proses menyusun atur poster-poster pameran


Poster-poster yang telah disusun

Kain pemidang JMG dilekatkan ke display board

Wednesday, October 20, 2010

Demam Denggi

Dukacita dimaklumkan bahawa Pembantu Kajibumi di JMG Terengganu, En. Khairul Anuar bin Zakaria telah dimasukkan ke wad di Hospital Besut, Jertih, Terengganu kerana disyaki mengidap demam denggi.
Kami di JMG Terengganu mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat kembali bertugas dengan segera.

Hospital Besut, Jertih, Terengganu (ihsan Google)

Tuesday, October 19, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pameran JMG Terengganu

Mesyuarat diadakan bagi menyelaraskan persiapan JMG Terengganu untuk program pameran sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Negeri Terengganu pada 23 & 24 Oktober 2010.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh KUPM, En. Zahidi bin Hamzah dan telah dihadiri oleh:
Juruteknik Pemetaan Kanan, Puan Hajah Manir binti Marwan
Ketua Pembantu Tadbir, En. Mohammad bin Haji Ali
Pembantu Galian Kanan, En. Zamri bin Ismail
Pekerja Rendah Awam, En. Mohd. Sani bin Mamat
Pelatih T-GAS, En. Mohd. Hezreen Fahmy bin Ibrahim

Walaupun JMG Terengganu menghadapi kekangan daripada segi tenaga kerja dan logistik berikutan dengan pertembungan beberapa acara pada masa yang sama, ahli-ahli Jawatankuasa Pameran tetap komited dengan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menaikkan nama dan imej JMG.

Monday, October 18, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pameran Agensi Kerajaan Sempena MASM Peringkat Negeri Terengganu 2010

Sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM), JMG Terengganu akan menyertai program pameran bagi agensi kerajaan terutamanya yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Program tersebut akan dilangsungkan pada 23 & 24 Oktober 2010 bertempat di Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Terengganu.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 18 Oktober 2010 pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh beberapa agensi yang telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan pameran antaranya ialah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Taman Laut, PERHILITAN, JAS dan JMG Terengganu.
JMG Terengganu telah diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat, En. Zahidi bin Hamzah.

Lokasi Pameran Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Terengganu di Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (gambar ihsan Google)

Sunday, October 17, 2010

Bengkel Pemetaan Geologi Dan Persampelan Untuk Pembantu Kajibumi Gred C17 Dan C22


Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat JMG sekali lagi memberi kepercayaan kepada JMG Terengganu untuk menganjurkan bengkel tersebut bertempat di Bukit Keluang Resort, Besut dan kerja lapangan di Hutan Simpan Kerian, Pelagat bermula daripada 17 Hingga 22 Oktober 2010.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan bagi:
  • Memperkukuhkan pengetahuan geologi am Malaysia, stratigrafi, paleontologi, struktur geologi dan ragam pemineralan;
  • Memberi kefahaman berkaitan teori dan teknik pemetaan geologi dan persampelan lapangan; dan
  • Memberi latihan penyediaan catatan dan rekod lapangan mengikut format Jabatan.

Seramai 35 orang Pembantu Kajibumi dari semua cawangan JMG akan mengikuti bengkel tersebut.

JMG Terengganu menghantar kontingen terbesar memerangkap urusetia kursus iaitu seramai 7 orang Pembantu Kajibumi dan seorang Juruteknik Pemetaan.

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada:
Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Mohamad Pauzi bin Abdullah; 
TPGS JMG Terengganu, En. Hamlee bin Ismail; 
Pegawai Kajibumi Kanan Ibu Pejabat JMG, En. Mat Niza bin Abdul Rahman; 
Pegawai Kajibumi (SGR) JMG Terengganu, En. Suhaimizi bin Yusoff dan juga 
Pembantu Kajibumi Kanan JMG Terengganu, En. Mohamad bin Neh.
Bukit Keluang Beach Resort (ihsan http://imaginoma.fotopages.com)

Mesyuarat Pasukan Petugas Peta Geologi Malaysia

JMG Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pasukan Petugas Peta Geologi Malaysia.
Mesyuarat tersebut akan diadakan di Bukit Keluang Resort, Besut, Terengganu pada 17-22 Oktober 2010.
Ia akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Haji Mohammed Hatta bin Abdul Karim.

Saturday, October 16, 2010

Mesyuarat Kerja HRMIS Submodul Penamatan Perkhidmatan

Sebagai persiapan persaraan seorang kakitangan JMG Terengganu pada awal Januari 2011, satu Mesyuarat Kerja HRMIS bagi submodul Penamatan Persaraan telah diadakan khusus bagi kakitangan JMG Terengganu.
Ia telah diadakan pada 14-15 Oktober 2010 bertempat di Wisma Sumber Asli, Precint 4, Putrajaya.

JMG Terengganu telah diwakili oleh:
Pegawai Kajibumi (SGR), En. Suhaimizi bin Yusoff
Penolong Pegawai Tadbir, En. Muhammad Hanapi bin Malek
Ketua Pembantu Tadbir, En. Mohammad bin Haji Ali
Pembantu Tadbir, En. Muhammad Anizan bin Nasir @Ghani

Mesyuarat Kerja ini diadakan bagi mendedahkan kakitangan yang akan terlibat dalam dokumentasi persaraan tentang peranan dan aliran kerja yang akan digunakan dalam aplikasi submodul Penamatan Perkhidmatan.

Diharap dengan latihan ini semua tugas akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan berjalan dengan lancar.
Wisma Sumber Asli, Precint 4, Putrajaya (ihsan maeluptempo.blogspot.com)

Sunday, October 10, 2010

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada anda. Blog ini masih dalam proses pembinaan.
Sebarang kesulitan semasa melayari blog ini amatlah dikesali.
Sumbangan berbentuk artikel dan foto-foto berkaitan geologi dan geosains amatlah dialu-alukan.
Hantarkan sebarang komen dan cadangan anda ke alamat: jmgtgg@jmg.gov.my.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.