CARTA ORGANISASI

JMG Terengganu diketuai oleh seorang Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga (3) orang Timbalan Pengarah yang masing-masing mengetuai Unit Sumber Mineral, Unit Geosains, dan Unit Lombong dan Kuari, seorang Penolong Pegawai Tadbir yang mengetuai Unit Pentadbiran dan Kewangan, dan seorang Pegawai Kajibumi yang mengetuai Unit Pengurusan Maklumat. 
Setiap Unit mempunyai beberapa Aktiviti di bawahnya iaitu:

Unit Sumber Mineral bertanggungjawab dalam menyediakan dan mengemaskini maklumat asas sumber mineral berlogam dan mineral perindustrian yang lengkap dan memberi perkhidmatan teknikal kepada pelbagai aktiviti Jabatan, agensi kerajaan dan swasta bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor mineral khususnya perancangan pembangunan industri berasaskan mineral yang mapan.

Unit Geosains bertanggungjawab dalam menyediakan maklumat asas geosains yang lengkap dan memberi perkhidmatan teknikal geosains kepada pelbagai aktiviti Jabatan, agensi kerajaan dan swasta bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor mineral, perancangan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.

Unit Lombong dan Kuari memberi perkhidmatan pakar dalam bidang pembangunan lombong dan kuari, bahan letupan dan peletup, keselamatan lombong dan kuari serta perlindungan alam sekitar untuk memenuhi keperluan industri mineral, agensi-agensi kerajaan dan aktiviti-aktiviti Jabatan.

Unit Pengurusan Maklumat memastikan perkhidmatan pengurusan maklumat dilaksanakan dengan berkesan dan sentiasa dikemaskini bagi kemudahan penyimpanan, pemprosesan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan keperluan semua aktiviti di bawah JMG Negeri Terengganu.

Unit Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab memastikan pengurusan dan dasar pentadbiran mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan.