Sunday, December 12, 2010

Hari Keluarga KESKET 2010


Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Terengganu (KESKET) telah mengadakan Hari Keluarga pada 11 November 2010 bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai.

Ia diadakan bertujuan untuk memupuk kemesraaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai/ kakitangan disamping beriadah bersama keluarga.

Ia telah dirasmikan oleh Presiden KESKET merangkap Pengarah JMG Terengganu, Tuan Haji Mohamad Pauzi bin Abdullah dan telah dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli kelab bersama-sama keluarga masing-masing. 

Pelbagai acara permainan yang bersesuian untuk semua peringkat umur telah diadakan. Semua ahli yang hadir juga diraikan dengan "door-gift" berupa barangan elektrik tajaan KESKET.


Proses pendaftaran bagi ahli-ahli KESKET



"Door-gift" untuk para peserta Hari Keluarga KESKET 2010



Sebahagian hadiah cabutan bertuah


Para peserta sedang mengambil tempat masing-masing


 Sesi "ice-breaking"


Memanaskan badan sebelum berentap...
Presiden KESKET mengetuai acara memanaskan badan...
Para penyokong setia... kaum ibu dan anak-anak






Acara pembuka tirai...merebut gula-gula dalam pinggan untuk anak-anak cilik
Susunan pin untuk acara boling botol
Para peserta boling botol membuat lontaran dengan penuh bergaya

Peserta acara membawa bola ping pong dalam sudu sedang beraksi

Para peserta isi air dalam botol dengan spongebob span sedang bersedia...
Lari.....! Peserta sedang bertungkus-lumus memenuhkan botol dengan air
Para atlit muda sedang mendengar taklimat untuk acara seterusnya..
Kerusi-kerusi yang menjadi rebutan... "Musical chair"..
Ops..! Kerusi ni... aku yang punya..!
Peringkat yang lebih sengit... sesi penyingkiran untuk merebut tempat semi final
Bersedia untuk perlumbaan yang mendebarkan....Cap Kaki Tiga Berpasangan...
Pemenang hadiah cabutan bertuah
Persediaan untuk pertempuran.... belon air
Para pemenang mengunggu giliran untuk mengambil hadiah
Antara pemenang pertandingan untuk anak-anak
Ambo menang lagi...!
Satu keluarga bahagia menerima kipas angin baru..

Acara terakhir.... makan bersama keluarga tersayang!


Keluarga bahagia...keluarga yang makan bersama-sama..

Wednesday, December 1, 2010

Penampilan Audit

Satu pasukan audit daripada Unit Audit Dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menjalankan Penampilan Audit terhadap pengurusan kewangan di JMG Terengganu pada 1 Disember 2010.
Mereka terdiri daripada:
1. Puan Rozana binti Hashim (Ketua)
2. Puan Zuliah binti Sapuan@Kusenan
3. Puan Nurshazarina binti Abd. Karim
4. Cik Masitah binti Ahmad