Monday, October 18, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pameran Agensi Kerajaan Sempena MASM Peringkat Negeri Terengganu 2010

Sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM), JMG Terengganu akan menyertai program pameran bagi agensi kerajaan terutamanya yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Program tersebut akan dilangsungkan pada 23 & 24 Oktober 2010 bertempat di Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Terengganu.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 18 Oktober 2010 pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh beberapa agensi yang telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan pameran antaranya ialah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Taman Laut, PERHILITAN, JAS dan JMG Terengganu.
JMG Terengganu telah diwakili oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat, En. Zahidi bin Hamzah.

Lokasi Pameran Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Terengganu di Lobi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (gambar ihsan Google)

0 comments:

Post a Comment